Cari Kerja
  Pengenalan Resume

  Contoh Resume

  Format Resume

  Word Power

  Kuiz Resume

  Tips Temuduga

  Soalan Temuduga

  Lepasan Ijazah

  Pengalaman   Temuduga

  Kuiz Temuduga

  Ebook Temuduga

  Khidmat Pakar

  Bayaran

  Roselin

  Hubungi AKI

  Artikel

  Relaks jap...

  Kasut oh kasut!

 Lihat mengapa kasut
  sukan
dipilih untuk   menghiasi website   AKI

      




Pengenalan Resume

Selama kerjaya saya sebagai seorang Senior Trainer di salah sebuah pusat latihan yang terkemuka di Kuala Lumpur, saya banyak terlibat secara langsung dan tidak langsung semasa proses pemilihan calon (recruitment). Proses pemilihan ini biasanya melibatkan penerimaan resume, online assessment dan diakhiri dengan temuduga. Calon - calon terbahagi kepada dua kategori, fresh graduates dan experienced.

Seperti yang saya katakan di awal tadi, proses yang pertama dimulai dengan pemilihan resume. Sad to say, rata - rata resume yang kami terima langsung tidak ada ciri - ciri yang diingini. Jangan terkejut jika saya katakan, kebanyakan resume (versi Bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu) lepasan ijazah kita adalah lebih teruk daripada budak lepasan SPM. Sudahlah tidak menarik untuk dibaca, kemudian pula penuh dengan kesalahan ejaan. Malah, olahan perkataan yang digunakan juga kurang menarik.

Kenapa? Mostly kerana kebanyakan graduan kita lebih suka copy paste bulat - bulat dari internet atau dari kawan. Sedarlah sikit. Tiada dua individu yang sama di muka bumi ini. Jadi mengapa mesti anda meniru format resume mereka?

Anda adalah insan yang unik dan mempunyai kebolehan yang tersendiri. Pamerkan keunikan itu dalam resume anda.

Pasti, tiada individu yang boleh menandingi anda.

Pasti, ramai bakal majikan akan tertarik.

Yakinlah!

 

Jangan lupa, resume anda adalah perkara pertama yang akan dilihat oleh bakal majikan. So, your resume must speak for itself!

Melainkan anda memohon untuk kerja kerajaan, bahasa rasmi yang diterima pakai oleh kebanyakan syarikat di Malaysia adalah Bahasa Inggeris, jarang sekali Bahasa Melayu. Haa... inilah yang menjadi masalah besar kepada para graduan kita. Inilah sebab ramai yang lebih suka copy paste bulat-bulat dari sumber lain (yang akhirnya memakan diri sendiri kerana resume mereka menjadi sama seperti tidak wujud di mata bakal majikan).

 

Resume anda tidak perlu mempunyai tahap bahasa Inggeris that will impress even Queen Elizabeth. Memadai kalau resume anda mudah dibaca dan bebas dari kesalahan grammar. And a few strong words here and there to enhance the overall experience.

Baiklah, mari kita mulakan dengan sedikit pengenalan resume.

 

Apa itu resume?

Resume sebenarnya adalah ringkasan kelayakan anda. Istilah resume itu sendiri datang dari perkataan Perancis, yang bermakna 'ringkasan'. Curriculum vitae atau cv adalah di antara nama lain yang digunakan untuk resume.

Resume anda mestilah menerangkan tentang latar belakang dan personaliti anda. Ia juga harus mencakupi pengalaman professional dan sukarela, skil yang berkaitan, pendidikan dan pencapaian anda.

 

Apakah kriteria resume yang efektif?

Resume yang efektif mestilah memberikan tanggapan pertama (first impression) yang baik kepada pembacanya. Samada resume Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris, jika penulisan resume anda dipenuhi kesalahan ejaan yang ketara manakala kertas yang digunakan pula nampak terperonyok dan comot, tak payah susah - susah tunggu panggilan temuduga. Anggaplah anda telah tewas sebelum perjuangan kerjaya anda bermula.

Ada pulak sebahagian golongan yang terus print resume dari Jobstreet. Senang cerita, katanya. Memanglah senang. Lagi senang untuk future employer menilai diri anda - 'jenis tak tau berusaha'. Dan lagi senang untuk resume anda menjadi 'halimunan' di balik timbunan resume yang lain. Segelintir pandang je, hilang mood nak baca. Nothing interesting or catchy. Jadi, tolonglah... elakkan sama sekali ye?

Of course, isi kandungan resume adalah yang paling penting sekali. Maklumat di dalam resume anda mestilah tersusun, mudah dibaca dan results-oriented. Bagaimanakah cara membuat resume yang sebegitu? Sila lihat panduan contoh resume dan format resume.

Resume yang efektif menawarkan yang berikut:

  • Memenuhi keperluan majikan. Majikan biasanya akan mengambil pekerja yang memenuhi kriteria tertentu yang diperlukan untuk jawatan tersebut. Resume anda mestilah menggambarkan bahawa andalah orang yang paling layak.

  • Mempamirkan anda sebagai aset. Menekankan pencapaian anda di bidang yang berkaitan dan menunjukkan bahawa anda adalah adalah prospek terbaik dengan kebolehan yang ada pada anda. Membekalkan data yang membuktikan anda telah menjalankan tanggungjawab yang lepas dengan jayanya dan telah menyumbang secara konsisten kepada perkembangan syarikat.

  • Data yang terang yang jelas. Ingat! Majikan biasanya akan menerima ratusan permohonan untuk jawatan kosong setiap hari. Semasa proses menyaring resume - resume tersebut, purata masa yang diambil untuk untuk membaca satu resume adalah 15 saat atau kurang. Jadi, pastikan maklumat dalam resume anda adalah terang, jelas dan mudah dibaca.

  • Menyiapkan anda untuk proses temuduga. Kandungan resume yang baik akan membantu anda untuk fokus kepada pencapaian serta kerjaya impian anda. Ia juga menolong pemprosesan data minda untuk menjawab soalan - soalan yang mungkin dikemukakan semasa temuduga. Apabila anda mengenali diri anda sendiri (dari segi apa yang telah capai setakat ini dan apa yang anda boleh sumbangkan di tempat baru), anda akan lebih yakin untuk mengharungi temuduga.

   

 

AKI © Copyright 2009 - 2013 Panduan Kerjaya Anda

Jawatan Kosong Malaysia | Contoh Resume Terbaik | Fomat Resume | Tips Temuduga