Lihat mengapakasut sukandipilih untuk menghiasi website AKI
Pengalaman Temuduga
Kongsi pengalaman temuduga anda dengan semua!
Untuk setiap temuduga, pasti ada pengalaman yang anda tidak dapat lupakan. Ini tidak kiralah semasa anda menghadiri temuduga atau menjadi si penemuduga.
Pernahkah anda menghadiri temuduga yang mana anda tidak kering gusi setiap kali teringatkannya? Atau anda pernah menghadiri temuduga yang cukup sukar sehingga anda hampir - hampir mendapat serangan asma? Bagaimana pula dengan yang mempunyai pengalaman menemuduga? Pasti lebih banyak yang boleh dikongsi.
Apa kata, ceritakan pengalaman temuduga anda di laman ini? Baik atau tidak, ramai yang hendak tahu bagaimana rasanya.
Atas dasar privasi, anda boleh menggunakan nama samaran. Anda juga tidak perlu menyatakan nama syarikat atau individu yang terlibat. Tapi yang penting, kongsikan pengalaman anda yang menarik semasa temuduga tersebut.
Pengalaman temuduga yang telah dihantar oleh para pembaca
Pengalaman temuduga 6: buat fresgraduate
untuk adik2 yg baru nak cari kerja make ur self get prepared la yea...sy keja in one of d big company la jugak...project berbillion and one day kitaorg nak cari trainee untuk jimat cost...sy pun dipertanggungjawab untuk call candidate yg antor resume bertimbun2 nie...pastu ada la sorang minah nie...qualification dia mmg tip top la...pastu pas berbincang ngan bos2 sume maka setujula nak call dia suh interview...boleh la plak dia nie x pro langsung, dahla jawab fon xberadab pastu siap memain skejap nak skejap xnak pastu nak plak...so sorry la kl once nak dtg interview pun xserius inikan plak nak kje...so adik2 jgn ingat kita result gempak org nak pndang sgt...cara percakapan n how the way u shows ur self pun d amik kira tau...so gd luck pd yg baru nak kje...
farah
Pengalaman temuduga 5: Fikir-fikirkan
aku ni orang selatan. Aku bercadang nak tukar angin di belah selatan sebab aku kini kerja di utara. Jadi masa aku cuti raya aku pergilah interview satu syarikat ni. Aku mula confident pergi interview dan mula lah sesi soal jawab ngan penemuduga ni. Yang aku tak sukanya ada ke diaorang kata resume aku tu aku tambah2 dan hanya rekaan semata2. Aku ada degree lulusan tourism tapi aku berpengalaman kerja di bidang retailer selama 4 thn lebih dan aku expert dalam adobe illustrator. Dia tak percaya aku boleh buat design menggunakan AI beb... Pastu tu dia kata kriteria aku dan pengalaman aku tak cukup untuk jawatan yang aku minta. Pastu ngan confidentnye aku jawab balik, "tuan, sememangnya dulu saya bekerja di syarikat yang kecil sahaja dan tiada banyak pengetahuan mengenai kerja disyarikat tuan, tapi saya ada basic yang cukup dan sanggup belajar untuk jawatan ini. Tapi sekiranye tuan rasa, saya tak menepati kriteria yang tuan mahukan tak mengapalah kerana saya yakin diluar sana ada byk lagi syarikat yang mencari individu yang mempunyai kriteria seperti saya. Saya yakin saya boleh menyumbang pengalaman saya di sana".
Bila aku cakap camtu aku perasaan diaorang terasa dan minta maaf kat aku. Aku pun dah tawar hati terus kata takpelah mungkin. Lepas ni kalau bekerja ngan syarikat ni pun dah tak rasa sense of belonging in this company... Lepas tu sesi interview pun tamat. Aku balik dan fikir.. Tahap kualiti nak mcm syarikat korporat besar tapi rasanya syarikat yang aku minta kerja ni bukannye terkenal pun... takat terkenal kat sebelah blok2 perniagaan tu jer. Sekarang aku bekerja di sebuah syarikat yang agak ternama dan waktu sesi interview pun takdelah keluar soalan2 berlagak dari penemuduga...
(motifnyer : kepada penemuduga, jangan fikir anda hebat sangat bila ada orang datang untuk minta kerja dengan anda)
Cool Lady
Pengalaman temuduga 4: edy eydo
aku sbnnrnye blaja xabes lg..amik degree..ade repeat..so last sem tu aku just amik final pojek je..so ader la bnyak ms aku nak wat part time..so aku mohonla technician kt 1 kilg nie..tp kt resume aku tu aku bubuh je dah abes..ms interview pon aku kencing die aku ckap dah habis..tp die mcm konfius la..aku pon pusing2 pny pusing...die pon pcya la kat aku. ms aku interview tu..aku citerla aku la yg paling terer..taw wat tu wat nie..pndek kate aku yg pling layak la..haha..dlm resume aku jgn ceta la..main2 pon ade..siap bhgian hoby tu aku ckp aku minat bdminton..klu nak fight jomla..slumber je..hehe..
hari kamis aku interview..ari isnin die pggil aku kije dah..so aku pon kijela..kije pny kije..2 bln aku kije..pastu aku cabut...sbb final pojek aku xsiap lg..ade lg 2 mggu sblum present..hehe..soryla bnyak2...jnji duit poket aku lpas..so pngjaran kpd company..klu ade org mntak kije tcnician tapi ade degree...hati2la..sbb dlm kpale diorg
sumer..adalah ENGINEER!!!! so mmg xkan kije lame..heheh
edy
Pengalaman temuduga 3: pengalaman pelik
malam sebelum temuduga. bagai nak rak saya hafal soalan temuduga yang saya tau. besoknya saya sampai kat sana awal 20 minit. masa temuduga satu soalan pun haram ditanya. minah tu asyik membebel pasal kompeni dia je. langsung tak kasi can saya cakap. lepas 15 minit dok pot pet pot pet, minah tu tanya paham? saya pun kata paham. lepas tu dia suruh saya balik. ape ke benda??!
faizal - kl
Pengalaman temuduga 2: penunggu
aku patut ada interview pukul 3 petang, tapi aku pegi awal 15 minit. mana tau kena ada isi form. tiba pukul 3 petang, receptionis tu kata bos dia ada meeting pukul 3 dan mintak aku tunggu. aku pun tunggulah. aku tak kisah, sebab aku pun desperado. almaklumlah, baru kena berenti. so aku pun tungguuu. tunggu punya tunggu, meeting tu pun habis. masa tu dekat dekat pukul 5. lama siot aku tunggu. aku pun dipanggil masuk. tau tak apa soalan dia yang pertama? "sungguh ke awak nak keje kat sini? kalau tak, jangan buang masa saya." menyirap darah aku. dah la buat aku tunggu macam orang bodoh, boleh lagi tanya soklan camtu. lepas dia tanya camtu, aku pun jadik tawar hati. semua soalan dia lepas tu aku jawab pun macam nak tak nak je. lantak pi la. aku pun ada harga diri bro!
jinius - kl
Pengalaman temuduga 1: pengalaman temuduga yang memalukan
bulan lepas ina ada interview kat sebuah kompeni jepun. hari interview tu ina selsema teruk, asyik bersin memanjang. habis soalan pertama je ina terbersin depan mamat jepun tu. TUINGGG... melantun butang depan baju ina. dengan harapan mamat jepun tu tak perasan, ina cuba cover line. ina amik fail kat atas meja dan pegang depan ina. lepas selesai interview, kitorang shake hand dan mamat jepun tu hantar ina sampai ke pintu. sampai kat pintu, mamat tu mintak ina tunggu dan lari masuk ke dalam. dia datang balik dengan butang tu kat tangan dia. aduss... malunya.