Pilih jawapan yang terbaik!
Soalan 1: Resume adalah ... a: sebuah autobiografi tentang kerjaya seseorang dan digunakan untuk memohon kerja. b: sebuah senarai lengkap mengenai skil, pengalaman, tugasan dan pencapaian calon yang berkaitan dengan syarikat dan jawatan kosong yang ingin dipohon. c: sebuah senarai lengkap mengenai pendidikan, pengalaman kerja dan kursus latihan yang pernah dihadiri calon.
Soalan 2: Resume bertujuan untuk... a: menekankan kelayakan seorang calon untuk sebuah jawatan dan seterusnya menjamin panggilan temuduga. b: menekankan kelayakan seorang calon untuk sebuah jawatan. c: menekankan kelayakan seorang calon untuk sebuah jawatan dan seterusnya menandingi saingan yang lain.
Soalan 3: Panjang sebuah resume mestilah... a: 1 mukasurat sahaja. b: 2 mukasurat sahaja. c: mengikut pengalaman calon.
Soalan 4: Maklumat yang tidak kurang pentingnya dalam resume saya adalah... a: pengalaman kerja (work experience) dan pendidikan (education) b: nombor telefon untuk menghubungi saya c: pencapaian kerjaya (work achievements)
Soalan 5: Saya boleh tokok tambah sikit dalam resume saya bila... a: saya menulis mengenai jawatan yang pernah saya pegang awal - awal dulu, supaya semua pengalaman saya nampak relevan dengan jawatan kosong yang saya nak pohon sekarang. b: saya tak habis degree lagi sebab fail beberapa subjek - jawatan ni mesti ada kelayakan ijazah. Tak pe kot, kalau saya letak dah complete. c: saya memang tidak boleh menokok nambah atau menipu dalam resume.
Soalan 6: Apabila menulis resume, perkara yang paling utama dalam pertimbangan saya adalah... a: siapa yang akan membaca resume saya. b: memberi keutamaan kepada kemahiran, pengalaman, dan pencapaian saya. c: format resume.
Soalan 7: Dalam proses penghantaran resume kepada agensi pekerjaan, saya perlu memastikan bahawa... a: saya menghantar resume saya dalam dua format, MS Word dan PDF. b: saya mematuhi semua arahan yang diberikan dengan terperinci. c: saya mendapatkan nama pegawai yang akan menjalankan temuduga.
Soalan 8: Apabila menyatakan pengalaman kerja... a: nyatakan pengalaman kerja di kesemua sepuluh syarikat yang pernah anda kerja sebelum ini. b: hadkan kepada tiga yang terakhir. c: jangan terlalu jujur.
Soalan 9: Sekiranya gaji yang dikehendaki (expected salary) diminta dalam iklan jawatan, saya patut... a: menyatakan gaji yang saya kehendaki secara spesifik dalam resume. b: jangan pedulikan. Isu gaji hanya patut dibincangkan semasa temuduga. c: menyatakan lingkungan gaji yang saya ingini atau menggunakan terma negotiable dalam resume.
Soalan 10: Maklumat peribadi yang perlu dinyatakan dalam resume adalah... a: nama, nombor IC dan nombor untuk dihubungi. b: nama, nombor IC, nombor untuk dihubungi dan tarikh lahir. c: nama, nombor IC, nombor untuk dihubungi, tarikh lahir dan jumlah tanggungan.
Soalan 11: Sebelum memasukkan maklumat rujukan, saya mestilah... a: mencari nama rujukan dari resume kawan. b: memastikan rujukan tersebut masih bekerja. c: meminta izin.
Soalan 12: Mendaftar dengan agensi pekerjaan online di Malaysia seperti Jobstreet memungkinkan resuma saya diakses oleh: a: sesiapa sahaja. b: bakal majikan yang telah saya mohon kerja sahaja. c: mana - mana bakal majikan, termasuk majikan saya sekarang.
Nota
Sekiranya anda telah disable pop-up pada komputer, selesai sahaja menjawab anda tidak akan dibawa ke muka jawapan secara automatik. Sekiranya hal ini berlaku, sila klik di sini: Jawapan kuiz resume. Ia akan membawa anda ke muka jawapan yang mengandungi huraian lengkap tentang setiap jawapan kuiz resume.
AKI © Copyright 2009 - 2013 Panduan Kerjaya Anda
Jawatan Kosong Malaysia | Contoh Resume Terbaik | Fomat Resume | Tips Temuduga