Khidmat Pakar
Adalah amat sukar untuk mencari perkhidmatan penulisan resume yang murah tetapi pada masa yang sama memberikan pulangan yang baik. Jika anda lihat di luar negara misalnya, contoh bayaran yang dikenakan untuk upgrade resume adalah paling minima USD50 - USD150 (RM175 - RM525) manakala untuk menulis resume yang baru adalah minima USD150 - USD250 (RM525 - RM880).
Kalau yang kat Malaysia pun rasanya yang nampak aritu dalam lingkungan RM150 - RM200. Cuba buat analisa sendiri kalau tak caya.
AKI sedaya upaya memberikan khidmat yang terbaik dengan harga serendah yang boleh. Ini kerana kami di AKI arif bahawa bukan semua orang mampu untuk membayar amaun yang tinggi, lebih - lebih lagi untuk yang masih belum bekerja.
Dengan bayaran serendah RM30, kualiti resume yang anda akan dapat adalah setanding dengan mana - mana website lain yang mengenakan bayaran yang jauh lebih tinggi.
"Kenapa tak kasi free je?"
Kami pun cari makan jugak. Ada perut yang perlu diisi. Apatah lagi kalau perkhidmatan ini dibuat secara sepenuh masa. Apa lagi cara terbaik mencari rezeki halal kalau tidak menggunakan kebolehan yang ada? Pada masa yang sama, dapat pulak membantu anda mendapatkan kerja.
Tambah pahala skit...
Bayaran yang dikenakan oleh AKI adalah sangat minima jika dibandingkan dengan:
- imej positif yang akan dibawa oleh resume anda di mata future employer - meningkatkan peluang anda untuk dipanggil interview dan kemudian dilamar pekerjaan.
- value for money - anda boleh menggunakan contoh resume tersebut setiap kali anda memohon kerja.
- masa yang terjimat - tidak perlu lagi bersusah - susah melayari pelbagai website untuk mendapatkan resume contoh yang belum tentu sesuai dengan portfolio dan pencapaian kerjaya anda
- hasil resume yang baik dan menarik - tiada lagi resume tahap budak darjah satu yang boring dan terlalu banyak kesalahan grammar
- hasil resume yang unik - tiada lagi olahan perkataan yang kurang menarik kerana copy paste bulat - bulat dari internet atau dari kawan
- gaji yang akan anda perolehi setiap bulan selepas diambil bekerja - bayaran yang dikenakan adalah serendah RM30 untuk yang tidak berpengalaman.
Dengan pengalaman lebih dari lapan tahun dalam bidang recruitment dan latihan industri, Roselin telah membantu ramai klien mencapai kecermerlangan dalam kerjaya. Sila klik khidmat penulisan resume untuk mendapatkan bantuan beliau.
AKI © Copyright 2009 - 2013 Panduan Kerjaya Anda
Jawatan Kosong Malaysia | Contoh Resume Terbaik | Fomat Resume | Tips Temuduga

|