Cari Kerja
  Pengenalan Resume

  Contoh Resume

  Format Resume

  Word Power

  Kuiz Resume

  Tips Temuduga

  Soalan Temuduga

  Lepasan Ijazah

  Pengalaman   Temuduga

  Kuiz Temuduga

  Ebook Temuduga

  Khidmat Pakar

  Bayaran

  Roselin

  Hubungi AKI

  Artikel

  Relaks jap...

  Kasut oh kasut!

 Lihat mengapa kasut
  sukan
dipilih untuk   menghiasi website   AKI

      cari kerja graphic




Cari Kerja

 

"Kengkawan lain semua dah dapat cari kerja. Aku sorang je masih terkulat - kulat"

"Setiap hari ada je iklan jawatan kosong, tapi aku menganggur jugak. Musykil aku dibuatnya"

"Jenuh apply kat Jobstreet, asyik - asyik Unsuccessful. Why?"

"Sampai sekarang aku tak tak pernah kena panggil temuduga. Kalau pegi walk-in interview pun tak ditawarkan kerja. Ngape ye?"

 

 

Haa... macam pernah dengar tak?

Pernah tak anda terfikir mengapa anda tidak pernah sekali pun dipanggil untuk temuduga walau pun telah apply untuk berpuluh - puluh jawatan kosong? Or when you finally do get a call for interview, anda pasti kandas?

Ingat! Ada dua perkara yang akan menentukan kejayaan cari kerja anda:

A catchy resume writing (penulisan resume yang menarik)

Good interview ethics and skills (etika dan skil temuduga yang baik)

 

Percayalah bila saya katakan bahawa masih ramai yang menganggur ketika ini kerana tidak memenuhi kedua - dua kriteria penting di atas. Bukan seperti tanggapan sesetengah pihak bahawa nasib tidak menyebelahi mereka atau kerana tiada 'kabel' yang kuat.

 

Jika anda...

  • sedang menyiapkan diri untuk alam pekerjaan, atau

  • hendak menulis resume untuk pertama kali, atau

  • dalam proses menaik taraf resume yang sedia ada, atau

  • ingin belajar rahsia menulis contoh resume yang baik, atau

  • memerlukan panduan dan tips untuk mengharungi temuduga, atau

  • mencari perkhidmatan penulisan resume yang berpatutan tapi profesional

... anda telah tiba di laman website yang betul.

 

Subscribe to updates

Dalam website ini, akan saya kupas satu persatu (buah oren) bagaimana menghasilkan contoh resume yang baik. Baca dengan teliti dari awal dan fahami segala aspek yang dibincangkan.

Saya jamin, memang terlalu banyak maklumat yang boleh anda perolehi dari website ini. Malah, segala isi kandungan website ini adalah percuma, jadi anda bebas untuk mengaplikasikan segala tips dan panduan yang diberikan. Tapi anda perlu akur, kehendak setiap orang dan setiap kerjaya adalah berbeza. Jadi, gunakan sebaik - baiknya.

Bagi yang lebih suka menggunakan khidmat pakar resume untuk penulisan resume, anda juga boleh berbuat demikian di AKI (ambang-kerjaya-impian.com). Turut dikongsi adalah tips temuduga yang berguna semasa anda dalam proses cari kerja.

Saya sengaja tidak meletakkan sebarang contoh resume di website ini, sebab ada jutaan website lain yang berbuat demikian. Tidak susah untuk anda mendapatkan free resume, sample resume, resume template dan sebagainya di internet. Kalau anda rasa lebih senang untuk copy paste dari situ, saya tidak menghalang. Tetapi bila panggilan temuduga tidak berkunjung tiba walaupun siang malam anda memohon jawatan kosong, jangan salahkan orang lain pulak ye? Salahkan diri anda sendiri.

cari kerja 1

Kenapa? Andalah yang taksub untuk menggunakan free resume yang bersepah di internet. Andalah yang meniru bulat - bulat sample resume yang digunakan oleh jutaan calon yang lain. Andalah yang lebih suka cilok dari resume rakan yang anda sendiri pun tidak pasti sumber atau kualiti grammar yang digunakan. Atau andalah yang tidak pernah berusaha untuk menulis resume anda dalam bahasa Inggeris kerana takut salah atau takut digelakkan orang, walaupun anda tahu kepentingan penggunaan bahasa Inggeris pada masa sekarang. Jadi, anda jugalah yang perlu menanggung akibatnya.

 

"Habis, apa yang boleh saya buat? Di mana boleh saya dapatkan bantuan?"

 

Soalan - soalan di atas mungkin sedang bermain - main di fikiran anda sekarang. Jangan risau. AKI sedia membantu!

Semua maklumat, tips dan pandangan yang diberikan di AKI adalah berdasarkan keperluan kerjaya sektor swasta di Malaysia dan boleh diterima pakai tidak kiralah untuk tahun 2010 ini atau untuk tahun - tahun yang akan mendatang. Pengunjung dari luar Malaysia seperti Brunei dan Indonesia juga dialu - alukan untuk berkongsi ilmu dan pendapat.

Semoga misi cari kerja anda diberkati dan menemui kejayaan.

Segala sokongan dan maklumbalas anda amat dihargai.

 

 

AWAS!

Konsep pendekatan AKI adalah berbeza dengan website kerjaya yang lain. AKI bersifat lebih 'terbuka' dan mengupas setiap persoalan dengan teknik 'selamba' supaya mudah difahami oleh semua tahap, tak kiralah lepasan SPM mahupun otai yang berpengalaman. Grafik sengaja diminimalkan, supaya fokus dapat diberi kepada kandungan. Dan jangan juga terkejut melihat betapa 'mewahnya' tatabahasa yang gunakan dalam AKI.

Bagi yang mempunyai stail pemikiran yang konservatif lagi ortodoks, ambang-kerjaya-impian.com bukan untuk anda!

 




AKI © Copyright 2009 - 2013 Panduan Kerjaya Anda

Jawatan Kosong Malaysia | Contoh Resume Terbaik | Fomat Resume | Tips Temuduga

cari kerja 2