|

Cari Kerja 
Pengenalan Resume

Contoh Resume

Format Resume

Word Power

Kuiz Resume

Tips Temuduga

Soalan Temuduga

Lepasan Ijazah

Pengalaman Temuduga

Kuiz Temuduga

Ebook Temuduga

Khidmat Pakar

Bayaran

Roselin

Hubungi AKI

Artikel

Relaks jap...

Kasut oh kasut!
Lihat mengapa kasut
sukan dipilih untuk menghiasi website AKI


|
|
Ebook Sukses Temuduga
Memperkenalkan
Ebook temuduga swasta versi Bahasa Melayu-Inggeris yang pertama di Malaysia
yang mengupas 101 soalan temuduga yang popular beserta contoh jawapan!!
|
Apakah yang menjadikan ebook ini sungguh istimewa? |
Fokus kepada satu bahagian sahaja, seperti soalan temuduga, membuatkan anda kurang bersedia untuk aspek - aspek lain dalam sebuah temuduga. Sukses temuduga merangkumi semua aspek temuduga dengan lengkap dan komprehensif. Tiada isu yang kabur malah setiap topik diolah dengan cukup teliti.
Sukses Temuduga antara lain membincangkan:
- 101 soalan temuduga dan jawapan (beserta penerangan dalam bahasa Melayu)
- 20 soalan temuduga khusus untuk fresh graduates (beserta penerangan dalam bahasa Melayu)
- 5 persediaan umum untuk temuduga
- 7 maklumat berkaitan temuduga yang perlu anda pastikan sebelum hari tersebut
- 7 tips sebelum memasuki bilik temuduga
- 17 tips semasa berada di dalam bilik temuduga
- 6 persediaan mental sebelum temuduga
- 7 persediaan fizikal sebelum temuduga
- tips pakaian untuk ke temuduga (termasuk kasut dan aksesori)
- tips solekan, fesyen rambut dan kuku
- kebersihan kendiri dan postur
- tips untuk mendapatkan 'body language' dan pertuturan yang baik
- 10 cara untuk menyelidik latar belakang bakal majikan
- 11 perkara yang anda perlu tahu tentang bakal majikan
- 4 perkara yang perlu diingat untuk mendapat imej yang diingini
- 4 tujuan tersirat di sebalik semua soalan temuduga
- bagaimana hendak menjawab soalan temuduga yang mencabar
- 14 topik utama yang sering dibincangkan dalam apa jua temuduga
- soalan - soalan yang perlu anda tanya untuk mendapatkan imej yang baik di mata penemuduga
- soalan yang tidak patut anda tanya semasa temuduga
- cara terbaik menjawab soalan yang lari topik
- cara terbaik menjawab soalan mengenai status anda yang dipecat/ diberhentikan kerja
- 5 perkara yang perlu anda ingat tentang pertuturan anda semasa temuduga
- 4 perkara untuk mewujudkan suasana interview yang profesional
- 8 kesalahan utama yang menggagalkan temuduga
- soalan - soalan pelik yang mungkin ditanya semasa temuduga
- kenapa sesetengah orang sangat mudah untuk mendapat kerja - dan bagaimana menjadi salah seorang dari mereka.
- kenalpasti kelemahan yang menggagalkan temuduga anda yang lepas
- faktor yang mempengaruhi keputusan penemuduga
- 3 cara untuk memastikan anda ditawarkan kerja
- dan banyak lagi tips lain seperti:
- menggunakan teknik dua saat. Selepas sesuatu soalan temuduga ditanya, tunggu 1 atau 2 saat sebelum menjawab. Ini bertujuan memastikan bahawa penemuduga telah habis bercakap.
- cuba jadualkan semula temuduga supaya anda bukan calon yang pertama. Jika boleh, cuba jadualkan pada hari Jumaat. Kebarangkalian untuk penemuduga anda berada dalam mood yang baik adalah lebih tinggi, kerana Jumaat adalah penghujung minggu kerja.
|
Perkara yang anda perlu tahu sebelum mendapatkan Sukses Temuduga |
-
Ebook ini diterbitkan khas untuk calon yang hendak menghadiri temuduga untuk sektor swasta di Malaysia.
-
Ebook ini adalah dalam format PDF. Anda memerlukan perisian Adobe Acrobat Reader untuk membacanya. Sukses Temuduga juga boleh dicetak.
-
Tips, persediaan dan soalan temuduga dalam ebook ini adalah dalam bahasa Melayu.
-
Oleh kerana hampir 90% daripada temuduga di sektor swasta dijalankan dalam bahasa Inggeris, bahagian soalan dan jawapan temuduga dalam ebook ini dibuat dalam bahasa Inggeris dan diberi terjemahan yang jitu dalam bahasa Melayu.
-
Oleh itu, ebook Sukses Temuduga boleh menjadi rujukan temuduga yang dijalankan samada dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu.
-
Sukses temuduga diterbitkan berdasarkan pengalaman sendiri dan beberapa sumber yang lain sebagai rujukan. Anda tidak akan mendapat maklumat yang sebegini lengkap di tempat lain.
-
Sukses temuduga tidak menyebelahi atau dipengaruhi oleh mana - mana syarikat, produk atau organisasi. Isi kandungannya jujur, efektif, mudah difahami, dan senang dipraktikkan.
-
Ebook temuduga yang mengandungi 111 muka surat ini mengupas pelbagai aspek temuduga yang sangat anda perlukan.
|
Bolehkah saya memperolehi ebook ini dari sumber lain? |
Belum lagi. Sukses temuduga hanya boleh didapati dari website ini dan masih tidak mempunyai sebarang sistem affiliate.
|
Perkara yang anda perlu tahu tentang temuduga di sektor swasta Malaysia |
-
Sektor yang paling kompetitif kerana anda perlu mempunyai daya saing yang tinggi
-
Membentuk pekerja yang multi-tasking, berdikari dan berdisiplin. Jika tidak, anda akan 'dipijak hidup - hidup' oleh pekerja yang lebih produktif
-
Skala gaji yang tinggi dan bonus yang lumayan
-
Kenaikan gaji dan pangkat yang lebih cepat berbanding kerja kerajaan
-
Kelebihan yang diberi kepada pekerja adalah lebih kurang sama atau jauh lebih baik dari kerja kerajaan (kalau anda rajin berusaha). Kalau anda bukan dalam golongan tersebut, kerja kerajaan mungkin lebih sesuai untuk anda
-
Kelebihan dari segi penambahan ilmu yang konsisten dan pengalaman yang selaras dengan perkembangan semasa
-
Tidak mempunyai jaminan seperti kerja kerajaan. Setiap kali kegawatan ekonomi, ada kemungkinan anda akan diberhentikan kerja. Tapi perlu diingat, kemungkinan anda diberhentikan kerja juga dipengaruhi oleh pencapaian anda selama memegang jawatan tersebut. Kalau anda merupakan aset kepada syarikat, tiada yang perlu dibimbangkan.
Jadi, sudahkah anda bersedia?
|
Siapakah yang mesti memiliki Sukses Temuduga? |
Ebook ini adalah untuk anda jika....
- anda akan menghadiri temuduga anda yang pertama
- anda hendak memperbaiki teknik temuduga yang sedia ada
- anda mempunyai sejarah gagal temuduga yang panjang
- anda tidak berapa fasih berbahasa Inggeris dan memerlukan bantuan
- anda rasa tertekan (darah gemuruh) setiap kali dalam temuduga
- anda hendak mengetahui soalan temuduga yang popular
- anda memerlukan tips temuduga yang berkesan
- anda memerlukan nasihat yang praktikal untuk mengharungi temuduga
- anda sangat takut menghadiri temuduga
- anda hendak merasai pengalaman menghadiri sebuah temuduga yang baik
- anda memerlukan bantuan untuk sesetengah soalan atau teknik temuduga yang anda tidak berapa pasti
- apa jua keperluan temuduga anda, Sukses Temuduga akan dapat membantu.
Selain daripada itu, Sukses Temuduga juga boleh dijadikan hadiah yang baik untuk kenalan anda yang sedang dalam proses mencari kerja.
Pesan ebook Sukses Temuduga sebelum terlambat!
Ayuh, dapatkan ebook Sukses Temuduga sekarang!
Tak de pon.
Anda takkan terbaca apa jenis testimonial pelanggan sekalipun di website ini. Sebabnya memang seperti di atas. Tak de. Pada pendapat kami, AKI, perkhidmatan AKI dan produk AKI tidak memerlukan testimonial. Kami percaya bahawa kekuatan isi kandungan dan huraian yang mantap sudah cukup untuk membuktikan kredibiliti ambang-kerjaya-impian.com
Kami juga tidak bercadang untuk meletakkan sebarang testimonial pada masa hadapan. Apa ke pekdah laman testimonial sampai 360 patah perkataan kalau takde satu pun yang betul? Rata - rata yang kita selalu tengok, testimonial yang direka sendiri, dari kenalan, saudara - mara, atau tesmonial yang berbentuk 'you scratch my back, I scratch yours' (ngkau kasi testimonial kat website/ blog aku, aku kasi testimonial kat website/ blog ngkau). Ha... tapi bukan semua ye? Ada jugak yang jujur.
Nasihat AKI, testimonial semata - mata tidak menjanjikan kredibiliti sebenar. Keputusan di tangan anda. Jadilah pengguna yang bijak.
AKI © Copyright 2009 - 2013 Panduan Kerjaya Anda
Jawatan Kosong Malaysia | Contoh Resume Terbaik | Fomat Resume | Tips Temuduga

|
|